WELCOME TO MY FANFIC'S BLOG. +FOLLOW|| BACK HOME



Wednesday 9 May 2012

I'm Regret Loving You_Part 2

KIM EUNJAE POV.
          “Eunjae!” Suzy memanggil. Aku menoleh memandangnya.

          “Aku rasa Cikgu Park nampak aku”. Jawabnya kalut. Ada ketakutan dimukanya.

          “Macam mana dia boleh nampak kau pula ni?” Tanyaku hairan.

          “Aku tertoleh belakang. Aku rasa Cikgu Park nampak aku”.

          “Yang kau toleh belakang tu pasal apa? Tengok depan sudahlah. Kau pasti ke ni?” Tanyaku lagi menginginkan kepastian.

          “Betul. Dia nampak aku. Tapi aku tak tahulah dia kenal ke tak”. Jawabnya.

Aku terdiam memikirkan sesuatu. Bagaimana ni? Bukan niat kami hendak ponteng kelas, kami cuma tidak mahu masuk kelas Cikgu Park. Bukannya apa, kadang-kadang otak manusia memerlukan rehat. Lagipun ini kali pertama kami ponteng, rasanya tak salah. Fikirku.  Akhirnya aku memikirkan sesuatu.

          “Suzy, jom masuk kelas”. Kataku sambil tersenyum. Suzy hairan.

          “Tapi jangan bawa beg.” Kataku lagi.

Aku mengetuk pintu kelas. Kelihatan seperti Cikgu Park baru hendak memulakan pelajarannya. Aku memasuki kelas diikuti dengan Suzy dibelakangku. Semua mata memandang kami. Aku cuba berlagak tenang. Aku mengambil tempatku ditepi Hyorin , manakala Suzy pula ditepi Seohyun. Hyorin dan Seohyun juga berlagak tenang, seperti tidak terkejut dengan kemunculan kami. Aku membuka buku lalu mengambil pen di dalam pencil case, berpura-pura bersedia untuk menulis. Aku pandang ke hadapan. Cikgu Park memandang ke arah kami.

          “Mana beg sekolah kamu?”Tanyanya serius. Aku terkejut.

          “Bilik air”. Jawabku ringkas. Berlagak tenang.

          “Kenapa?” Tanyanya lagi.

          “Kotor.” Jawabku sebelum mengukirkan senyuman. Cikgu Park terdiam seketika.

          “Kamu pula, kenapa? Tak mungkin kedua-dua kamu, beg sekolah kotor kot?” Tanyanya lagi. Aku berpura-pura menulis.  Betapa gemuruh aku ketika itu, takut sekiranya Suzy akan tersasul.
          “Tak bawa”. Jawabnya tenang.

          “Kenapa?”

          “Hari ini subjek tak banyak. Lagipun saya simpan buku bawah meja.”  Lega.

Aku tersenyum riang didalam hati, bagus Suzy. Cikgu Park terdiam seketika sebelum meneruskan pelajarannya. Ketika Cikgu Park sedang kusyuk menulis di atas white board, Hyorin mengkias sikuku. Aku menoleh kearahnya.

          “Beg kau mana?” Bisiknya.

          “Kami letak kat pondok Tingkatan 1 sebenarnya. Minta tolong junior jaga.” Aku tersenyum. Hyorin turut tersenyum.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Aku menyarungkan baju t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu di badan, dipadankan dengan seluar jean biru laut. Rambut kusanggul tinggi. Jam ditangan kiri, ku lihat . Baru pukul 8.15 pagi, awal lagi. Namun aku perlu bertolak awal kerana aku sudah berjanji untuk berserapan bersama dengan Hyorin, Suzy dan Seohyun disekolah.

Tepat pukul 8.30 pagi, aku tiba di pagar sekolah.Macam biasa, aku yang lambat. Hyorin, Suzy dan Seohyun sudah lama menungguku di pondok. Kami menuju ke kafe sekolah, hasrat untuk makan disana terbantut. Panas mungkin. Kami hanya membungkus makanan dan akan menjamahnya di dalam kelas.

Setibanya kami dikelas, hanya segelintir pelajar yang ada. Mungkin masih awal. Kelas tambahan Cikgu Park akan bermula pukul 9.30 pagi, sekarang baru 8.40 pagi. Selesai makan, aku duduk kembali ke tempatku sambil mengeluarkan kinder buano yang ku beli di koperasi sekolah tadi. Suzy pergi ke tandas untuk menemani Hyorin yang tiba-tiba sakit perut, Seohyun pula sedang berborak rancak dengan Sunyeol dan Hoya di koridor sekolah. Malas untuk bercampur, segan mungkin. Soyeong pernah hendak padankan aku dengan Hoya semasa Tingkatan 1 dulu. Tak tahu kenapa tapi hasrat itu tergantung begitu sahaja. Tambahan pula, sekarang kami diletakkan di kelas yang sama. Lamunanku terganggu. Woohyun yang datang dari mana, tiba-tiba menarik kerusi dihadapanku. Dia duduk disitu dan memandangku. Aku tersenyum. Kami berborak panjang. Aku dengannya memang rapat, mungkin kerana kami sekelas semasa Tingkatan 1 dulu. Lagipun dia sahaja atlet sekolah yang aku rapat sebenarnya.

          “Nak ?” aku menghulurkan kinder buonoku kepadanya. Dia menggeleng.

          “Tak sangkakan kita satu kelas tahun ini”. Katanya sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

          “Urm, kau dah buat homework Cikgu Jang bagi minggu lepas?” Tanyaku.

          “Belum”. Jawabnya ringkas.

          “Kenapa?”

          “Aku kurang cekaplah subjek Matematik ni”. Jawabnya lagi.

          “Dah tu, nak tiru aku?” belum sempat aku mengeluarkan buku latihan Matematik, Woohyun menahan.

          “Tak payahlah. Ada masa, kau ajar aku”. Jawabnya. Aku cuma menganguk.

          “Makan macam kanak-kanak ribena, comot tu”. Kata sambil menuding jarinya ke arah pipiku. Aku terus mencucinya dengan menggunakan sapu tanganku.

          “Kotor kau tahu”. Woohyun bersuara apabila melihat aku sedang mencuci kesan comot dipipiku itu.

          “Itu bukan kotor, ini baru kotor”. Kataku sambil menunjukkan barisan gigiku. Penuh dengan sisa cokelat . Aku ketawa melihat reaksi Woohyun.

          “Itu bukan kotor, itu geli namanya. Tutup mulut tu, tak senonoh kau tahu”. Katanya sambil mencebik mulut. Aku masih tersenyum.

Tiba-tiba pintu diketuk. Aku dan Woohyun menoleh. Myungsoo tiba bersama beberapa orang sahabatnya. Dia kelihatan serius. Mungkin tidak gemar datang kelas tambahan agaknya.

          “Cepat kau datang hari ini Woohyun”. Myungsoo bersuara apabila mendekati kami.

          “Urm, aku datang dengan Sunyeol dan Hoya. Sunyeol ada hal pukul 8 pagi tadi.” Jawabnya tenang. Myungsoo mengalih perhatiannya kepadaku. Mata kami bertembung.

          “Eunjae, nak sikit”. Katanya.

          “Hah? Ambillah”. Balasku menunjukkan kinder brunoku ke arahnya. Mengangka dia hanya melawak sahaja. Tetapi dia terus mengigit kinder bruno tersebut. Aku terkejut. Mungkin tidak mengangka dia akan mengigit kesan gigitan aku tadi.

          “Myungsoo!” Aku menjerit.

          “Apa?” Tanyanya tenang. Aku mencebik mulut memandangnya.

          “Tadi bagi sangat”. Katanya lagi lalu berlalu dari situ.

          “Eee, sekarang kesan gigitan Myungoo pula ada kat sini. Tak boleh makanlah kalau macam ini”. Kataku perlahan tapi masih sampai ke cuping telinga Woohyun. Dia tersenyum.

          “Bagi sini”. Dia mengambil kinder bruno dari tanganku. Dia mencubit sedikit kesan gigitan Myungsoo tersebut, dan membalingnya di tong sampah yang berada di penjuru kelas.

          “Nah! Dah hilang dah”. Katanya lagi sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

9 comments:

  1. HAHA part ending tu lol . sambung lagi :DD

    ReplyDelete
  2. Nice...bestlah ending dia..mungkin Myungsoo dan Woohyun suka Eunjae kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank so much dear . Myungsoo & Woohyun suka Eunjae ? no komen . kena terus baca baru tahu kan .

      Delete
  3. Replies
    1. thank dear . really appreciate it . da sambung . Hihi

      Delete
  4. Haha, sweeet aje :D keep it up!

    ReplyDelete