WELCOME TO MY FANFIC'S BLOG. +FOLLOW|| BACK HOME



Tuesday 8 May 2012

I'm Regret Loving You _Part 1

KIM EUNJAE POV
Di dalam kelas.
“Oit Eunjae , bangun , nak duduk , HEHE “ kata Myungsoo.

“Ops , sorry . Wei, bila nak ambil kerusi meja ni ? Sampai bila nak tumpang tempat orang  ? Tanyaku selepas bangun dari tempat duduk Myungsoo.

“okay , time rehat nantilah”. Jawab Hyorin.



“wewittt !~ “ bersorak riang pelajar lelaki kelas 3 Blossom apabila melihat budak perempuan tingkatan 2 melintasi mereka.

“wei , anak Lee Soo Man anak Lee Soo Man” kata Sunkyu.

“oit ! anak Lee Soo Man” jerit Sunyeol, Doowoo & Hoya.

“Korang ni lah . bukan cantik manapun anak Lee Soo Man tu, Eunjae lagi cantik . betul tak Eunjae ?” Tanya Myungsoo spontan tersenyum.

“Hah?” kataku sambil membalas senyuman Myungsoo.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
CIKGU PARK POV.

          “Alamak, sudah lewat 10 minit.”bisikku sambil melihat sekilas utas jam tangan  GUESS di pergelangan tangan kiriku.


Pergerakan kakiku dipercepatkan. Risau betul kalau ada pelajar yang ponteng. Bukannya aku tak tahu, pantang cikgu lewat masuk kelas sikit, mulalah ada yang nak ponteng kelas.

Akhirnya aku tiba juga di tingkat 4 bangunan tingkatan 3. Aku behenti sekejap mengambil nafas, penat. Zaman kegemilangan aku sebagai pemain bola jaring sekolah 10 tahun lalu telah lama berlalu. Aku meneruskan kembali pergerakkan kakiku namun langkah kakiku terhenti. Siapa pelajar yang langkah pagar sekolah tu? Aku cuba mengecilkan kedua-dua pasang mataku. Salah seorang dari mereka berpaling kepadaku. Mata kami bertembung. Kenapa aku rasa macam kenal saja muka budak perempuan itu? Budak kelas aku ke ? Aku terus mencepatkan langkahku memasuki kelas. Pelajar kelas 3 Blossom berdiri dan menundukkan tanda hormat. Aku terus melihat sekeliling kelas. Penuh tapi ada yang kurang. Mungkin tak hadir agaknya. Tetapi perasaan ingin tahuku masih kuat. 

          “Ada sesiapa ponteng kelas ke?”. Tanyaku berpura-pura serius. Tiada reaksi dibalas. Diam.

          “Ada sesiapa ponteng kelas ke?!” Nada suaraku ditinggikan. Ada beberapa pelajar yang menggelengkan kepala. Masih mencurigakan pelajar kelas aku ini.
Aku bergerak ke tengah-tengah pusat kelas. Di barisan belakang, ada beberapa tempat kosong. Siapa empunya tempat ya ? bisikku cuba memerah otak.

          “Myungsoo, ada sesiapa ponteng kelas ke?” Tanyaku.

          “HAH ? tak ada tak ada” jawabnya tenang sambil menggelengkan kepala.


Aku menyerah kalah, mungkin benar tidak ada yang ponteng kelas agaknya. Aku kembali ke bahagian depan kelas, bersedia untuk memulakan pelajaran. Belum sempat aku menulis di white board, pintu kelas diketuk. Aku menoleh. Dua pelajar perempuan memasuki kelas, sambil memegang beberapa buah buku di pergelangan tangan. Kedua-dua pelajar tersebut menghadiahi sebutir senyuman terhadapku, aku cuma menganguk. Tetapi salah seorang daripada mereka seperti pelajar perempuan yang bertembung mata denganku tadi. Mereka mengambil tempat di bahagian belakang. Mereka ponteng kelas ke? Fikirku. Tetapi mana beg sekolah mereka ? tidak mungkin datang sekolah tanpa beg sekolah, apatah lagi kalau pelajar perempuan . Tidak mungkin.

          “Mana beg sekolah kamu?”Tanyaku serius sambil memandang mereka.

          “Bilik air”. Jawab salah seorang daripada mereka.

          “Kenapa?” Tanyaku lagi.

          “Kotor.” Jawabnya ringkas sambil mengukirkan senyuman. Ish budak ni, aku tanya sepatah, dia jawab sepatah.

          “Kamu pula, kenapa? Tak mungkin kedua-dua kamu, beg sekolah kotor kot?” Tanyaku cuba menjerat.

          “Tak bawa”. Jawabnya tenang.

          “Kenapa?” Tanyaku ingin tahu.

          “Hari ini subjek tak banyak. Lagipun saya simpan buku bawah meja.” Jawabnya. Aku merenung kedua-dua pelajar perempuan itu. Tenang, masih menunjukkan muka tidak bersalah. Aku meneruskan pelajaran.

          “Lupa saya nak beritahu, esok ada kelas tambahan. Datang  jangan tak datang, paham?” Pesanku. Aku disambut dengan keluhan pelajar kelas tersebut. Mungkin kerana aku menganggu hari cuti mereka.

2 comments: