WELCOME TO MY FANFIC'S BLOG. +FOLLOW|| BACK HOME



Wednesday 30 May 2012

I'm Regret Loving You _Part 3

DOOWOO POV.
Di asrama.
Riuh rendah bilik study asrama. Namun kebanyakkan pelajar bising berborak sesama sendiri berbanding mengulangkaji pelajaran sebenarnya. Aku ? Jangan terkejut, aku akan menggunakan masa belajar ini sebaik mungkin begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain, mungkin kerana kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar, kelas juga terpaksa ponteng kerana sibuk dengan training dan perlawanan. Tetapi ada juga yang telah KO seperti Sungjong dan Sunyeol yang tengah kusyuk bermain pemadam getah, stres mungkin. Siapa yang tidak stres apabila belajar subjek Matematik, aku dan rakanku yang lain masih berpura-pura kuat untuk meneruskan perjuangan menyelesaikan solution Matematik ini. Aku tahu, masing-masing tengah sumpah seranah di dalam hati sekarang. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Pelik. Macam hebat solution Matematik Woohyun ini. Hairan. 
          “Woohyun, kau main bomoh ek?” Tanyaku serius.
          “Bomoh celah mana pula kau ni?” Tanyanya hairan. Tangannya masih kusyuk menekan butang kalkulator.
          “Macam mana kau boleh jawab soalan ni?” Tanya Sunkyu sambil menuding jari di buku latihan Matematiknya.
          “Eunjae ajar aku tapi aku pun tengah serabut ni”. Jawab Woohyun sambil mengerut dahinya.
          “Kejap, aku nak tanya dia”.Katanya lagi sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar track yang dipakainya. Skrin telefon direnung, mencari senarai kenalan mungkin, fikirku. Kemudian, telefon bimbit diletak di cuping telinga kirinya.
          “Anyeong Eunjae”. Woohyun bersuara.
          “Urm sorry ganggu, kau tengah buat apa?”. Semua mata merenung Woohyun ketika itu tetapi ada juga yang berpura-pura tidak ambil kesah akan perbualan tersebut.
          “Aku nak tanya pasal soalan Matematik ni, soalan nombor 4”
          “Kau cakap kuat sikit, tak dengarlah” Katanya lagi sambil menutup telinga kanannya. Bising agaknya. Dia hanya menganguk, paham mungkin dengan apa yang dikatakan oleh Eunjae ketika itu. Tangan kanannya kalut menulis sesuatu yang aku sendiri tidak paham maksudnya, serius pening. Ada masanya dia turut menekan butang kalkulator.
          “So, jawapannya d+ 2d – 1 = 0 ?” Woohyun tersenyum sambil melihat skrin kalkulatornya.
          “Okay okay. Thank. Bye Eunjae”. Panggilan ditamatkan. Keluhan dilepaskan, dia bersandar di kerusinya.
          “Matematik lebih penat daripada 5 jam training” Woohyun bersuara lagi. Dia menghulurkan bukunya kepada Myungsoo.
          “Serius aku tak paham langsung”. Myungsoo bersuara. Tangannya masih ligat meniru jawapan Woohyun. Setelah selesai, buku itu bertukar tangan dan akhirnya sampai kepadaku. Aku merenung , cuba untuk memahami setiap step solution tersebut.
 
Memang tidak dinafikan, aku sendiri tidak paham. Mungkin aku patut minta Eunjae ajar aku sendiri esok, fikirku. Lagipun dia pelajar terbaik dalam subjek Matematik di dalam kelasku.
          “Siapalah yang cipta subjek Matematik ni? Menyusahkan orang je.” Sunyeol tiba-tiba bersuara.
          “Manalah aku tahu. Tanya Mr. Google.” Jawab Sunkyu.
          “Aku lebih intim dengan Mrs. Yahoo.” Jawab Sunyeol sambil tersenyum. 
          “Jom cari pencipta Matematik tu, kita rembat dia.” Kata Hoya bersungguh-sungguh.
          “Kau kena gali kubur dia lah. Dah lama mampos dah manusia tu”. Jawab Myungsoo selamba.
          “Ada satu je solution Matematik yang aku cekap.” Myungsoo bersuara lagi. Semua mata memandangnya mengharapkan jawapan. Tiba-tiba dia mengeluarkan sehelai kertas A4, tangannya ligat menulis sesuatu sambil tersenyum. Sudah gila agaknya kawanku yang seorang ini, Matematik penyebabnya, fikirku. Selepas selesai, dia membaling kertas tersebut kearah kami yang berada dihadapannya. Semua ketawa terbahak-bahak.
 
          “Aku pun cekap kalau solution Matematik macam ini”. Kataku sambil ketawa. Yang lain mengangguk mempersetujui kataku.
          “Cakap pasal perempuan, korang suka perempuan yang macam mana?” Sungjong tiba-tiba bersuara. Topik yang memberangsangkan, cukup tepat dibincangkan selepas subjek Matematik, menenangkan fikiran. Masing-masing terdiam memikirkan jawapan.
          “Aku suka perempuan putih. Kalau boleh yang sexy”. Sunyeol bersuara sambil mengangkat kedua-dua pasang keningnya.
          “Body macam botol Coca Cola ek?” Tanya Hoya sambil tersenyum. Sunyeol mengangguk.
          “Gatallah kau ni”. Kata Woohyun sambil menendang kaki Sunyeol. 
          “Aku nak yang comel. Urmmm , macam Jiyong.” Celah Sungjong sambil tersenyum. Aku sudah ketahui tentang minatnya terhadap sepupunya itu sejak sekolah rendah lagi tetapi sehingga kini dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Jiyong. Sungjong pemalu orangnya.
          “Aku suka perempuan yang feminine, pandai jaga hati aku dah cukup” Woohyun pula bersuara.
        “Kalau aku? Aku lebih suka perempuan atlet macam aku. Lebih memahami sikit”. Giliran Sunkyu pula.
          “Aku tak kesah. Aku nak perempuan cantik, feminine tapi bukan gedik dan tak menggatal dengan laki lain tapi aku tak mahu perempuan chubby”. Terang Hoya.
          “Tak kesah konon. Memilih juga kau ni”. Celah Myungsoo.
          “Aku pun sama, nak perempuan cantik juga. Tapi perempuan chubby , cute apa.” kataku sambil tersenyum.
          “Perempuan cantik, siapa tak mahu. Aku pun mahu. Kau cuba tanya orang lain, tak ada siapa yang nak pasangannya hodoh”. Woohyun bersuara pula. Semua mengangguk seperti bersetuju dengan kata-katanya.
          “Kau macam mana Myungsoo?” Tanya Sungjong.
          “Aku ? Aku simple je. Aku tak ada ciri-ciri. Kalau aku ada perasaan kat someone, so adalah. Kalau tak ada, tak adalah.” Balas Myungsoo. Semua seperti pelik dengan jawapannya.
          “Kalau cantik macam Miss World, tapi aku tak ada perasaan dekat dia, tak bahagia juga aku”. Jelasnya lagi.
          “Tapi kalau muka macam jamban tak siap, tak bahagia juga kau”. Celah Hoya sambil ketawa. Semua ketawa berbahak-bahak mendengar jawapan Hoya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Bisingnya, siapa yang kol aku tengah-tengah malam macam ini. Aku tidak mengendahkan panggilan tersebut tetapi pemanggil itu tetap menelefonku. Nada dering Touch by Miss A memenuhi ruang dorm. Aku melihat jam di skrin telefon bimbitku, sudah pukul 2.10 pagi. Panggilan tersebut akhirnya aku jawab.
          “Urmm ~” Aku bersuara.
          “Doowoo ~ “ kata pemanggil tersebut.
          “Urm , apa?” Tanyaku. Mataku masih tertutup rapat, mengantuk sangat.
          “Doowoo .. Doowoo .. Tolong ambil kepala aku bawah katil kau !” Pemanggil itu menjerit sebelum menamatkan panggilan tersebut. Aku tersentap. Mataku terbeliak.
          “Tak guna betul, dasar .. !” 

Sumpah seranah aku hadiahkan kepada pemanggil tersebut. Aku bingkas bangun membuka suis lampu, kepala kudonggokkan di bawah katil. Terasa bodoh pula aku ketika itu. Semua merungut. Aku turut dihadiahkan “kata-kata manis” oleh rakanku kerana mengganggu tidur nyenyak mereka.